Beli enam troli barangan keperluan untuk tiga buah rumah, Eina Azman berang dituduh penting diri

Pelakon Datin Eina Azman meluahkan rasa tidak puas hatinya di laman Instagram semalam terhadap satu komen yang mengatakan dia seorang yang penting diri ketika melakukan pembelian barang dapur beberapa hari lalu.

Komen yang ditinggalkan di ruangan komen selebriti Betty Rahmad itu menjelaskan Eina dilihat memborong enam troli barangan rumah sekaligus dilihat sebagai kelakuan yang tidak bertanggungjawab dalam keadaan negara yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

Menerangkan hal sebenar kata Eina, dia mengakui membeli barangan yang banyak namun itu bukanlah keperluan rumahnya sahaja memandangkan dia turut membeli belah untuk dua lagi rumah termasuk rumah ibu bapanya dan adik iparnya.

“Pertama memang saya membeli sebanyak enam troli, sebab saya membeli untuk tiga buat rumah iaitu diri saya , ibu saya dan adik ipar saya yang bekeluarga besar.

“Jadi apa masalahnya saya tidak fikir orang,”soalnya.

Kata Eina kalau benar dia seorang yang pentingkan diri pastinya dia juga tidak akan menyalurkan bantuan kepada 100 buah rumah.

“Bukan nak riak atau apa-apa, saya tanpa ada masalah apa-apapun akan sentiasa menolong orang tanpa mengira bangsa atau agama.

“Jadi tolong sibuk hal sendiri, jangan tahu nak mengata dan bercerita hal orang,” tulisnya.