SOP KKM dipersoal, waris dan orang kampung uruskan pengkebumian mangsa Covid-19 tanpa taklimat

106

Dengan kematian 14 orang semalam wabak Covid -19 yang melanda negara kita ini terus menjadi ancaman utama negara.

Cara penularan yang cukup mudah membuatkan sesiapa sahaja berisiko untuk dijangkiti. Malah bagi mangsa yang meninggal sebab wabak ini juga harus diuruskan dengan teliti soal pengkebumiaanta dan hanya boleh diuruskan pihak berwajib.

Namun pengalaman yang dilalui waris seorang mangsa ini ternyata bertentangan dengan apa yang diterangkan.

Melalui tulisan Imam Muda Hilal dia turut mempersoalkan prosuder Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri dalam mengendalikan pengkebumian mangsa Covid-19.

Melalui kronologi yang dikongsi mangsa yang dikebumikan di Rantau Panjang, Kelantan itu dikatakan hanya diuruskan dua waris mangsa dan tiga orang kampung yang secara jelas tidak mempunyai kepakaran.

“Pegawai KKM berkeras dan menunjukkan bukti dalam fon serta bacakan mengatakan bukan mereka yang uruskan jenazah, tetapi waris yang akan uruskan pengebumian jenazah.

“Pihak waris juga menunjukkan bukti dari hospital yang mengatakan pihak KKM akan uruskan semuanya (waris juga dimaklumkan hospital yang mana pegawai kkm tidak mahu bekerjasama semasa beri makluman)

Baca juga:   [ Video ] Nenek 82 Tahun Belasah Penyamun Dengan Meja, Shampu, Dan Penyapu

“Pihak polis juga mengesahkan bahawa pihak KKM yang perlu menguruskan.

“Pegawai KKM tidak mengendahkan apa sahaja info dari waris dan polis, dia hanya berpegang apa yang diarahkan sahaja. kami pun tak tahu siapa yang arahkan dia,” tulisnya.

Bagaimanapun pengkebumian itu akhirnya diselesaikan tanpa bantuan pihak berwajib, apa yang lebih mengejutkan apabila waris dan orang kampung yang menyempurnakan pengkebumian itu juga diminta menanggalkan pakaian untuk dibakar.

“Bayangkan tiada taklimat pemakaian sut diberikan, 2 waris lelaki dan 3 pakcik kampung terkial-kial nak sarung sut.

“mujur polis datang bantu tunjuk sikit-sikit.Terus pakai sut, tiada sanitize dilakukan. (kami tidak tahu ia perlu atau tidak)

“Setelah selesai, pegawai KKM tadi datang semula dan suruh 5 orang ini buka dan longgokkan baju di satu tempat. termasuk baju dalam yang dipakai. part ini memang tergamam juga sebab tak ready langsung baju spare untuk salinan.Yang tidak buka baju dalam kena bawa balik dan terus basuh cuci dan jemur tengah panas, “ tulisnya lagi.