Aplikasi Google Meet Jadi Saksi Pertunangan Ayda Jebat

22

Pelakon Dan Penyanyi Ayda Jebat 28, Sah bertunang dengan pasangannya  Nabil Mahir 32, semalam, Majlis pertunanagan Pasangan ini diadakan secara atas talian,

Dengan menggunakan aplikasi Google Meet Kedua belah pihak ini mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Majlis berlangsung dari kediaman masing-masing di ibu negara.

Berkongsi berita gembira, Ayda memberitahu, sebelum PKP, keluarga kedua-dua pihak berbincang untuk mengadakan majlis merisik dan bertunang pada hari jadi Nabil.

“Sejujurnya, apabila PKP dikuatkuasakan, kami terfikir untuk menunda acara. Tetapi, keluarga Nabil mahu semua berlangsung dengan cepat.

“Kalau boleh, mereka mahu kami bernikah secepat mungkin, tidak mahu tunggu lagi. Jadi, bagi menghormati permintaan keluarga, saya dan Nabil tampil dengan idea menganjurkan majlis bertunang secara online,” katanya kepada BH Online.

Ayda bersyukur majlis dirancang berlangsung dengan baik.

“Walaupun tidak dapat jumpa dan berhadapan seperti majlis orang lain, tidak merasa seperti apa yang orang lain rasa, kami tetap gembira dapat merealisasikan kehendak keluarga mengikut adat,” katanya.

Tambah Ayda, jika diikutkan, Ayda dan Nabil sebelum ini memutuskan untuk tidak bertunang, namun, demi permintaan keluarga, mereka akur.

Baca juga:   Pereka fesyen terkenal siapkan pakaian perlindungan buat petugas hospital

Ditanya mengenai tarikh perkahwinan, pelakon dan penyanyi ini perlu menghormati kedua-dua keluarga dan bakal mengumumkannya, tidak lama lagi.

“Tarikh sudah ditetapkan tapi masih belum boleh dikongsi. Jangan risau, kami akan hebahkan kelak,” katanya.

Majlis bertunang atas talian itu disertai kira-kira 20 ahli keluarga kedua-dua pihak.

Ayda yang mula rapat dengan Nabil pada Ramadan tahun lalu, menyimpan niat untuk menamatkan zaman bujang bersama pengacara itu.

“Memang saya mengharapkan hubungan kami sampai ke tahap ini. Saya tidak mahu membuang masa.