Anak Fad Bocey cedera tertusuk besi “remote control”

Agak mengerikan perkongsian dari isteri pelawak Fad Bocey ini tetapi apa yang dilalui Syahirah sebagai ibu tentunya lebih menakutkan.

Kata Syahirah melalui laman Instagram miliknya, anak keduanya Favian Adrazin Zayyan baru sahaja menjalani pembedahan mengeluarkan besi dari alat kawalan jauh yang tertusuk dalam mulut anaknya itu.

Jelas Syahirah anaknya itu memang mempunyai tabiat suka mengigit barang mainan dan kalini anaknya itu mengigit besi di bahagian alat kawalan jauh kereta mainan.

“Besi la nak, ngilu mommy, menggeletar badan-badan ni,”tulisnya.

Jelas Syahirah anaknya itu diberi bius sepenuhnya memandangkan anaknya itu dalam keadaan sakit dan besi itu agak susah untuk ditarik keluar. Doktor juga turut menjahit bahagian gusi anaknya itu semula.

“Macam-macam sementara anak nak besar ni. Terima kasih doakan anak mommy sorang ni, tulisnya.