Tasha Shilla kini milik Muhammad Atiq Idris

Pelakon, Tasha Shilla kini bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris. Pasangan yang bernikah pagi tadi di Masjid Wilayah, turut berkongsi acara majlis pernikahan itu secara lansung melalui Instagram.

Tasha yang nampak anggun dengan persalinan putih dinikahkan bapanya sendiri Abd Razak Razali pada majlis yang turut dihadiri kaum keluarga dan rakan terdekat.

Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM800 dan sebentuk cincin. Tiada dulang hantaran diserahkan kedua pihak.

Sementara itu pasangan ini berkenalan sejak dia bulan lalu sebelum mengambil keputusan untuk bernikah. Atiq yang kini bekerja di Singapura menjelaskan dia tertarik dengan sikap isterinya itu yang suka akan kanak-kanak.

Manakala majlis resepsi pasangan ini akan berlangsung pada petang ini.