Rita cari sampai lubang cacing

BERANI buat berani tanggung, mungkin itu yang mahu disampaikan pelakon Rita Rudaini kepada pemilik akaun Instagram yang memfitnah status taraf dua anaknya.

Membuat laporan polis semalam, Rita dalam perkongsian Instagram miliknya juga menjelaskan tindakkanya itu diambil dalam memberi pengajaran kepada warganet.

Katanya adalah sesuatu yang melampau untuk menggunakan ruangan komen itu sebagai tempat untuk menyebar fitnah dan mengaibkan dia dan anak-anaknya.

“So jangan ingat saya perempuan saya lemah. Suami sendiri pun saya seret pergi mahkamah.

“Lebih baik lantang jujur daripada cakap manis tetapi palsu, “antara tulisanya di IG