Kereta mewah Raffi Ahmad terbakar

Selebriti terkenal Indonesia, Raffi Ahmad tidak dapat menahan kesedihan apabila mengetahui kereta berharga Rm2.5 juta miliknya terbakar baru-baru ini.

Menerusi laman Youtube Raffi memberitahu kereta jenis Lamborghini Aventador itu terbakar di kawasan Bogor, Jawa Barat, Sabtu lalu.

Ternyata kebakaran kereta mewah ini cukup mendapat perhatian warga net di Indonesia.

Walaupun sedih Raffi tetap reda apa yang berlaki ke atas kereta kesayanganny itu.

Malah Raffi juga yang turut dikenali sebagai antara selebriti terkaya di Indonesia bersyukur kerana kejadian itu tidak melibatkan kehilangan jiwa.