Puteri Sarah Kesal Gosip Mendakwa Dirinya Bakal Berkahwin

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 39, kesal apabila didakwa bakal melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Indonesia, Andi Arsyil, 37.

Sarah juga menyatakan yang dirinya kurang senang kerana dakwaan sebegitu boleh menimbulkan fitnah. Sarah dan Andi hanyalah berkawan rapat dan giat menjalankan perniagaan produk penjagaan kulit dan tudung bersama.

“Hubungan saya dengan Andi buat masa ini memang hanya rakan perniagaan, di mana kami jual produk penjagaan kulit dan tudung bersama. Ia tidak lebih daripada itu pun.

“Saya tak suka bila ada orang keluarkan kenyataan sedemikian kerana ia boleh mendatangkan fitnah. Kalau Andi tahu, dia pun mungkin tak suka.

“Untuk seseorang keluarkan kenyataan begitu bagi pihak saya, itu memang tak manis.

“Kawan-kawan saya pun tak pernah cakap atau keluarkan kenyataan begitu. Tiba-tiba, seseorang memandai-mandai keluarkan kenyataan begitu,” katanya kepada BH Online.

Sarah juga tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat kerana ingin memberi perhatian kepada anak-anak dan perniagaan.

“Bukan sekarang dan belum masanya lagi. Sekarang, saya nak fokus kepada anak-anak dan perniagaan. Insya-Allah, saya akan mulakan penggambaran semula pada akhir bulan ini.

“Sekarang, saya memang 100 peratus tumpukan kepada perniagaan selepas selesai penggambaran beberapa drama dan teater selesai,” katanya.