Terlalu sayangkan isteri, lelaki 80 tahun masuk kelas berhias kerana mahu cantikkan isteri

SEORANG lelaki berusia 79 tahun dari Alberta, Kanada tular di media sosial kerana masuk ke kelas kecantikan semata untuk belajar bersolek dan mendandan rambut isterinya.

Isterinya yang kini berusia 50 tahun dikatakan sering mementingkan penampilan dan sentiasa yakin dengan kecantikan yang dimiliki. Namun, disebabkan penglihatannya semakin merosot dia menjadi semakin sukar untuk berdandan sendiri.

Pengarah Delmar College of Hair and Esthetics, Carrie Hannah berkata kepada SWNS, lelaki tersebut memilih untuk belajar cara mengerintingkan rambut pada awalnya kerana sebelum ini isterinya sering menyebabkan rambutnya terbakar.

Sehubungan itu, Kolej Delmar telah menyusun jadual untuk lelaki ini dan mengambil inisiatif untuk mengajar cara mendandan dan bersolek di samping belajar cara paling selamat untuk melakukan hal tersebut kepada isterinya.

Hal tersebut telah menyebabkan ramai pelajar dan kakitangan di situ tersentuh dan lelaki yang tidak ingin dikenali tersebut juga sering menunjukkan gambar isterinya yang berada di dompet dengan penuh bangga dan sayang.

Menurutnya juga, “Penampilan adalah hal yang sering isteri saya penting dan banggakan. Jika ia penting buat isteri saya, maka ia juga penting untuk saya”

“Bagi saya dia adalah seorang lelaki yang sangat berani kerana di usia 80 tahun. Tidak ramai yang mahu masuk ke kelas semata untuk belajar cara mendandan rambut. Selain itu, lelaki juga adalah golongan yang tidak ramai akan melakukan hal ini”, Carrie Hannah menjelaskan.

Mereka pasangan suami isteri tersebut juga telah berkunjung ke sekolah kecantikan tersebut sekali lagi dan mengucapkan terima kasih kerana ramai kakitangan yang sudi membantu mereka.

Tambah Hannah, “Selepas ke kelas, mereka berdua sangat berpuas hati dengan kemahiran profesional baru suaminya. Baru-baru ini, rambut isterinya juga kelihatan sangat cantik dan menarik!”.

Sumber: People