Pengarah Mamat khalid meninggal dunia

PENGARAH terkenal Mamat Khalid dilaporkan meninggal dunia pada pagi Ahad.

Melalui perkongsian seorang pengguna lama Facebook, Din Dressa, Allahyarham Mamat khalid dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Slim River.

Perkongsian di Facebook.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Mamat Khalid telah meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Slim River.

“Semoga allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Jasa beliau dalam bidang perfileman amat dihargai lebih-lebih lagi dalam memperkenalkan watak Pembantu Perubatan dalam filem-filem arahan beliau.

Pelakon Zul ariffin turut meluahkan rasa duka.

Beberapa rakan artis juga mula berkongsi khabar duka tersebut di laman sosial mereka.

Antara yang meluahkan rasa hiba mereka ialah pelakon Zul Ariffin yang memuat naik satu posting menerusi Instastory.

“Al-Fatihah to Mamat Khalid, tulisnya ringkas.

Beita lanjut menyusul.