‘Mummy Jerung’ pilih Atu Zero dalam MV?

SELEPAS tular menerusi lagu ‘Akulah Jerung Merah’ di laman sosial, penyanyi asalnya, Sofiaa Marieylla kelihatan pantas membuka langkah untuk memperluaskan namanya di dalam industri hiburan.

Penyanyi yang kini berada di bawah naungan syarikat rakaman Rocketfuel nampaknya tidak mensia-siakan momentum lagunya yang menjadi perbualan mulut netizen di media sosial.

Bahkan, Sofiaa Marieylla atau lebih dikenali sebagai Mummy Jerung turut memberi bayangan menerusi akaun Instagramnya mengenai penerbitan muzik video (MV) yang bakal ditayangkan kelak.

Apa yang kelihatan menarik, ‘teaser’ berkenaan seakan-akan memaparkan kelibat peserta program realiti Maharaja Lawak Mega, Atu Zero dalam kerjasama penerbitan MV berkenaan.

Sedutan klip video yang dikongsi Sofiaa.

Bagaimanapun tarikh sebenar tayangan MV berkenaan tidak lagi didedahkan kepada umum termasuk ‘orang penting’ di sebalik pembikinan lagu itu.

Sebelum ini, tayangan klip Mummy Jerung Merah menerima pelbagai reaksi netizen dan tidak ketinggalan ada juga yang mengecam sekumpulan wanita berkenaan.

Menarik atau pun tidak kita bakal nantikan kemunculan MV berkenaan yang juga merupakan single pertama beliau.

Meskipun menerima kecaman hebat, sikap Sofiaa seakan tidak menghiraukan cakap-cakap warganet dan terus bergerak ke hadapan untuk membina nama di dalam industri.

Ahli kumpulan Jerung Merah mula mendapat perhatian menerusi video yang tular di TikTok.

Terkenal dengan tagline ‘lepoh cha’ beliau kini memiliki seramai lebih 700,000 di platform TikTok.