Pembuka Tirai 2021, Kucaimars pertaruh single ‘Wanita’

BEKAS peserta program Bigstages 2019, Kucaimars tampil dengan single baharu berjudul Wanita.

Ini merupakan lagu pertamanya bergenre balada yang mengisahkan individu patah hati dan gagal dalam percintaan.

“Lirik lagu ini lebih mengisahkan kepada seorang yang patah hati setelah kisah percintaannya tidak menemui sebarang kejayaan.

“Lebih-lebih lagi hatinya dilukai oleh wanita yang dicintai dan disayangi sepenuhnya.

“Selain itu, lagu Wanita ini juga merupakan lagu pertama saya berunsur balada menyayat hati.

“Apa yang saya harapkan, lagu ini mampu menarik minat semua pendengar, sekaligus pembuka tirai 2021 untuk kerjaya seni saya,” katanya.

Wanita merupakan ciptaan bersama Shamin Nazri dan Rudy Nastia.

Lagu ini juga diberikan susunan muzik yang terbaik oleh Rudy Nastia bersama Bajai.