“Orang Berdoa Sebelum Mula Bekerja” – Ruhainies Perjelas Video di Lapangan Terbang

 

Pelakon Ruhainies perjelas keadaan sebenar selepas hantaran IG Story berada di lapangan terbang bersama Aliff Aziz didakwa untuk menunaikan umrah bersama.

Menerusi hantaran video tersebut, kelihatan kedua-dua pelakon dan beberapa individu lain sedang membaca doa.

Selepas beberapa minit dimuat naik video tersebut menjadi tular di media sosial.

Ruhainies bagaimanapun, memuat hantaran memperjelas keadaan sebenar yang berlaku.

“Your mind is full of negativity. Tu video orang berdoa sebelum mula bekerja (shooting). And it shows dunia ni dah terlalu tenat dan penuh dengan fitnah. And terlalu banyak fake news yang mudah media gula gula kan kepada netizen tanpa unsur periksa demi mengejar views

“Crews everywhere, with walkie talkie. And semua orang pun tahu kami masing dalam pengambaran drama. Dan dengan mudahnya manusia sekarang dapat dosa kering.

“Jaga lidah, jaga lisan. Its friday, on bulan Ramadan,” jelasnya di hantaran tersebut.