Dakwaan Warga Asing Cuba Culik Kanak-Kanak Hanya Salah Faham

Baca : Dua Warga Asing Dicekup Cubaan Menculik Kanak-Kanak di Pasar Raya

Kejadian dua warga asing didakwa melakukan cubaan untuk menculik seorang kanak-kanak berusia setahun tujuh bulan di sebuah pusat membeli belah di Klang Sentral hanyalah salah faham.

Perkara itu dijelaskan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menerusi sidang media yang diadakan pada Jumaat.

Siasatan yang dijalankan mendapati dua lelaki warga Nepal berkenaan yang didakwa penculik sebenarnya cuba membantu kanak-kanak itu menaiki eskalator pusat tersebut yang rosak semasa hari kejadian.

“Saya sendiri telah melihat dua rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) pusat berkenaan. Berdasarkan rakaman serta keterangan daripada dua lelaki itu, mereka cuba membantu kanak-kanak tersebut dengan mengangkat mereka ke eskalator berkenaan.

“Kemudiannya, mereka menyerahkan kanak-kanak itu kepada ibu kanak-kanak berkenaan setelah wanita itu perbuatan mereka.

“Mungkin disebabkan panik, wanita terbabit menjerit kerana mengandaikan anaknya akan diculik,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.