PM Anwar Ibrahim Beri Bayangan Tiada Cuti Tambahan Pada 12 April

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan tiada cuti tambabahn diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri April depan.

Jelas Anwar Ibrahim ketika ditemui di Majlis Iftar Madani yang berlangsung di Putrajaya, rakyat perlu bersemangat untuk bekerja.

’Kita kena ada semangat kerja,’’ jawabnya ringkas selepas ditanya kemungkinan cuti tambahan pada 12 April nanti.

Terdahulu, Anwar meluangkan masa berbuka puasa bersama hampir 10,000 orang sempena Hari Nuzul al-Quran.

Beliau yang hadir ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menyaksikan penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf di Wilayah Persekutuan berjumlah RM110,000 daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).