Sajat Rindu Malaysia, Terharu Netizen Ajar Buat Kuih Seri Muka Sehingga Menjadi

Foto: xtra

PETALING JAYA – Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat, menangis gembira apabila berjaya menikmati kuih seri muka hasil tunjuk ajar netizen, semalam.

Sajat menerusi perkongsian video di TikTok J.RJ, tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya kerana bersama-sama ‘membantu’ untuk menghasilkan kuih tradsional berkenaan.

“Terima kasih banyak, sumpah sedap. Terima kasih ajar Sajat tau, memang Sajat teringin sangat,” ujarnya.

Reaksinya itu mengundang simpati ramai yang berpendapat bahawa Sajat sebenarnya sedang merindui keluarganya di Malaysia.

“Semalam terkejut tengok dia pakai baju kurung masa buat kuih seri muka tu. Dalam hati cakap, mesti Sajat rindu keluarga dia kat Malaysia. Rindu makanan Malaysia kan,” ujar ShayneFlower.

“Saya duk dalam siaran langsung Sajat dari mula nak buat kuih ni, tapi netizen yang ajar memang terbaik. Sajat pun tak melawan, ikut ja. Terharu kan bila jadi,” komen Nurul Amera Begum.

“Gigih netizen tolong ajar Sajat buat seri muka termasuk aku pun tiba-tiba masuk siaran langsung sama. Sajat sabar dan sporting,” kata Alesya. 

Sumber: Kosmo