Naim Danial kongsi kegembiraan beli rumah pertama di usia 23

Jika ada selebriti muda di luar sana masih hanyut dengan kehidupan serba mewah dan popular. Nampaknya Naim Danial pula lebih senang menyalurkan popularitinya itu untuk masa depan yang lebih terjamin.

Berkongsi gambar rumah pertamanya semalam. Siapa sangka di usia 23 tahun Naim kini sudah memilili sebuah rumah berharga ratusan ribu ringgit.

Melalui komen yang ditinggalkan rakan artis dan peminat rata-rata gembira dengan perkongsian Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin itu.

“Alhamdulillah, dapat membeli rumah pertama. Assalammualaikum,” tulisnya ringkas.