Perdana Menteri ke 8, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memulakan tugas rasmi Perdana Menteri pagi ini.
Menerusi laporan Berita Harian,Beliau tiba di Bangunan Perdana Putra pada jam 7.55 pagi, disambut Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.
Terdahulu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang tiba dan memasuki bangunan pentadbiran itu.
Sebelum memasuki pejabat, Muhyiddin mengimbas kad perakam waktu dan mengaminkan bacaan doa.
Selepas memasuki pejabatnya, beliau menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas.
Sementara itu Perdana Menteri dijadual menziarahi pusara ahli keluarganya di Muar tengah hari ini dan menunaikan solat Zohor di Surau Hj Md Yassin.