Kes pertama coronavirus di Indonesia

Presiden Indonesia, Joko Widodo hari ini mengesahkan bahawa dua rakyatnya diuji positif dengan coronavirus (COVID-19), menjadikan ia kes kes pertama di negara jiran itu.

Menurutnya, kedua-dua pesakit berkenaan sudah dibawa ke hospital bagi menjalani rawatan lanjut.

Bagaimanapun beliau tidak memberikan sebarang maklumat lanjut, termasuk lokasi pesakit dirawat.