Nabila Razali bahagia terima hadiah dari kerabat Diraja Selangor

APABILA kita menerima hadiah daripada seseorang, sudah pasti hati kita akan senang dan gembira. Lebih lagi, jika hadiah tersebut datang daripada seseorang yang istimewa.

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon, Nabila Razali telah berkongsi sebuah video yang dimuat naik di Instagram tentang beliau menerima hadiah daripada kerabat diraja Selangor.

Melalui tulisannya di kapsyen, “Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Junjung Kasih, DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin di atas kurniaan yang penuh bermakna buat diri patik sekeluarga, patik doakan Tengku Permaisuri Selangor, terus dimurahkan rezeki dan diberkati oleh Nya.. Amin.. ♥️🙏🏻”.

Menurut Nabila, hadiah set pinggan dan kuih raya seperti yang ditunjukkan dalam video tersebut adalah kurniaan dari DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Wah! memang untung Nabila Razali kerana mendapat hadiah istimewa berkenaan!