Nabil Ahmad harap isu “digam” Pak Ya diselesaikan dengan baik

Pengacara dan pelawak Nabil Ahmad, melahirkan rasa terkejut apabila diberitahu Pak Ya atau Ilya Buang Shaharum dikatakan digam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Tambahnya sebagai seorang yang tahu akan kondisi kesihatan Pak Ya dia berharap agar perkara ini tidak memberi kesan kepada sumber kewangan buat rakan pelawaknya itu.

“Saya pernah bertanya kepada Pak Ya kenapa kembali aktif dalam bidang ini. Jawabnya ini sebagai sumber kewangan untuk merawati penyakit yang dihidapinya sekarang.

“Jadi bila tahu perkara ini saya turut berasa sedih. Sebab tentunya perkara ini memberi kesan kepada Pak Ya sendiri.

Berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. Kata Nabil mengenali Pak Ya dia cukup menghormati sikap mesra pelawak veteran itu.

“Saya memang berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik sekaligus memberi peluang kepada Pak Ya untuk beraksi,”katanya.

Sementara itu akibat sekatan itu Pak Ya dilarang membuat kemunculan dalam dua episod sitkom Sepahtu Reunion Live 2020 yang bersiaran secara langsung di Royal Teater, Shah Alam sejak 17 Januari lalu.