Mayat budak ditemui tanpa kepala Dan organnya.

Misteri kematian seorang kanak-kanak yang mayatnya ditemui dalam longkang masih menjadi tanda tanya kerana keadaan mayatnya yang tidak sempurna. 
 
Disebabkan itu, pihak berkuasa mengalami kesukaran untuk mengenalpasti punca sebenar kematian mangsa. 
 
Yusuf Ahmad Ghazali, 4, dilaporkan hilang dari Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jannatul Athfaal Jalan Abdul Wahab Syahranie, Indonesia pada Jumaat 22 November 2019. 
 
8 Disember 2019, mayat mangsa ditemui tanpa kepala di dalam longkang. Selain itu organ badannya seperti jantung, paru-paru, tangan dan beebrapa lagi bahagian lain juga hilang. Malah tulang dadanya juga terkeluar. 
 
Keluarga mangsa yakin bahawa mayat itu adalah Yusuf kerana bajunya yang dipakainya pada hari terakhir dia dilihat masih dipakai pada badannya. 
 
Mayat mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya. Hasil pemeriksaan mendapati, polis menemui kulit haiwan reptilia di mayat mangsa. 
 
Ketua Polis Samarinda Arif Budiman percaya, mangsa terjatuh ke dalam parit lalu dihanyutkan arus deras. 
 
Ditambah pula pada tempoh kehilangan mangsa, Samarinda dilanda hujan lebat sehingga menyebabkan beberapa kawasan mengalami banjir. 
 
Penemuan kulit reptilia pada mayat mangsa juga membuatkan polis tidak menolak kemungkinan mangsa telah dimakan haiwan liar. 
 
Difahamkan, pusat pendidikan awal kanak-kanak itu terletak tidak jauh dari rumah mangsa. 
 
Pada jam 5 petang, pengasuh pergi ke bilik mandi dan meninggalkan Yusuf bersama dengan teman-teman di dalam kelas. 
 
Selesai urusan di bilik mandi, pengasuh mendapati pintu kelas dalam keadaan terbuka selain mendapati Yusuf tiada di kelas dan dipercayai keluar seorang diri. 
 
Ekoran kejadian itu, polis menyoal siasat dua suspek iaitu pengasuh mangsa yang juga pekerja pusat pendidikan awal itu. 
 
Polis berkata, kematian mangsa adalah akibat terjatuh dalam parit dan kedua-dua suspek akan didakwa di mahkamah kerana lalai sehingga mengakibatkan hilang nyawa anak seseorang.  
Dua pengasuh PAUD di reman sebagai suspek dalam kes penemuan badan seorang bayi tanpa kepala,
 
Kedua-dua suspek bakal dipenjara lima tahun jika didapati bersalah di atas pertuduhan cuai ketika bertugas. 
 
Sumber: Sosok