Zuhud bawa mesej berat

    Ada kelainan yang dibawakan dua anak muda ini dalam lagu berjudul Zuhud. Tidak sekadar menampilkan Datuk M.Nasir apa yang dibawakan dalam lagu ini juga turut diakui sangat berat selain sedang dihadapi masyarakat kini.

    Bercakap mengenai lagu ini kongsi Kmy Kmo dan Luca Sickta memang mereka mencipta lagu ini khas buat M.Nasir. Mencari keserasian dalam lagu ini dengan mengambil beberapa komposisi muzik “sifu” ternyata persetujuan yang diberikn M.Nasir cukup mengejutkan.

    “Pada mulanya kami hanya mencuba nasib sahaja memang tidak sangka, M.Nasir bersetuju untuk berduet.

    “Kami anggap ini adalah pengalaman yang baik untuk kami selain sangat bersyukur untuk lagu ini diterima bukan sahaja M.Nasir tetapi pendengar,”katanya.

    Mengulas lanjut mengenai mesej yang dibawakan Zuhud, kata Kmy Kmo mereka meletakkan mati sebagai antara kisah utama dalam penceritaan lagu ini.

    “Zuhud menceritakan bagaimana apa sahaja yang kita miliki di dunia ini hanya bersifat sementara selain mahu menjelaskan bagaimana mati begitu dekat dengan manusia,”katanya.

    Sementara itu ditanya pendapat mereka samaada lagu ini mudah diterima pendengar kerana M.Nasir sendiri ternyata figura hebat ini menafikan perkara tersebut. Tambahnya apa yang dimiliki dua anak muda ini juga turut memberi peluang buat di mempelajari sesuatu.

    “Saya banyak belajar dari mereka,” katanya ringkas

    Ketika ini muzik video Zuhud lakonan Azri Iskandar sudah mendapat lebih satu juta tontonan di YouTube.