Seorang lelaki di tangkap kerana Menyamar sebagai Penjawat Awam, Memiliki Senjata Tiruan dan Memiliki Pakaian Seragam Polis Tanpa Kebenaran oleh BSPTD Batu Pahat
Ketika kejadian lelaki tersebut menaiki sebuah motosikal berwarna merah sedang memakai pakaian seragam operasi polis dengan pangkat Inspektor.
Lelaki tersebut menyatakan dia sudah lebih kurang satu minggu berada di kawasan tersebut kerana menjalankan tugas risikan dan pemantauan kegiatan mat rempit di sekitar kawasan Parit Raja.
Dia gagal untuk kemukakan kad kuasanya. Pengadu kemudian terus buat pemeriksaan tubuh badan ke atas saspek dan telah menjumpai beberapa peralatan polis.
Kejadian berlaku di tepi jalan Kluang, KM 19, di hadapan Hotel Pintar, Batu Pahat. Semasa kejadian,dia berpakaian lengkap operasi polis berpangkat Inspektor.
Laporan penuh.
Makluman Kes Menyamar Penjawat Awam, Memiliki Senjata Tiruan dan Memiliki Pakaian Seragam Polis Tanpa Kebenaran oleh BSPTD Batu Pahat
6. Fakta Kes:
6.1. Pada 02/02/2020, jam lebih kurang 0245 hrs, semasa pengadu bersama-sama anggota HPMV, Kpl 15XXXX, L/Kpl 17XXXX dan L/Kpl 20XXXC menjalankan tugas pemantauan dan pencegahan mat rempit di Jalan Kluang, KM 19, hadapan XXXXX XXXXXX, pengadu telah didatangi (B1) menaiki sebuah m/sikal nombor pendaftaran XXX XXXX jenis Ex5 berwarna merah. (B1) memakai pakaian seragam operasi polis dengan pangkat Inspektor.
6.2. Seterusnya (B1) telah kenalkan dirinya sebagai Inspektor XXXXXX daripada cawangan risikan operasi jenayah, IPK Johor. (B1) menyatakan dia sudah lebih kurang (1) minggu berada di kawasan tersebut kerana menjalankan tugas risikan dan pemantauan kegiatan mat rempit di sekitar kawasan Parit Raja.
6.3. Oleh sebab, pengadu merasa curiga dengan kehadiran (B1), pengadu telah arahkan Kpl 15XXXX untuk membuat semakan no. pendaftaran m/sikal yang digunakan oleh (B1). Hasil semakan dapati m/sikal tersebut didaftarkan atas nama XXXXXX XXX XXXX XXXX, KPT : 0112XX-XX-XXXX.
6.4. Atas dasar curiga kerana data diri (B1) hanya menunjukkam dia berumur (19) tahun, pengadu telah meminta (B1) untuk kemukakan kad kuasanya untuk kepastian. (B1) gagal untuk kemukakan kad kuasanya. Pengadu kemudian terus buat pemeriksaan tubuh badan ke atas (B1) dan telah menjumpai beberapa peralatan polis.
6.5. Senarai barangan yang dirampas daripada (B1) seperti berikut :-
6.5.1. (1) keping kad holder berlogo polis
6.5.2. (2) keping kad kuasa tiruan pegawai kanan polis berpangkat Inspektor.
6.5.3. (1) keping gambar beruniform polis berukuran passport milik (B1).
6.5.4. (1) buah topi besball berwarna biru gelap dan berlogo polis.
6.5.5. (1) biji lampu suluh berwarna hitam
6.5.6. (1) batang anak kunci gari.
6.5.7. (3) bilah pisau tertera logo burung helang berwarna hitam
6.5.8. (1) pucuk pistol tiruan (plastik) berwarna hitam jenama Boale & Toyavn diperbuat daripada China P193
6.5.9. (1) helai baju kalis peluru berlogo polis berwarna hitam
6.5.10. (1) pasang uniform operasi polis lengkap beramulet pegawai kanan polis berpangkat inspektor
6.5.11. (1) utas tali pinggang berlogo polis berwarna hitam
6.5.12. (1) pasang kasut but berwarna hitam jenama Kulitkraf
7. Hasil Siasatan:
7.1. Kejadian berlaku di tepi jalan Kluang, KM 19, di hadapan XXXXX XXXXXX Batu Pahat. Semasa kejadian, (B1) berpakaian lengkap operasi polis berpangkat Inspektor.
7.2. Soal siasat awal mendapati (B1) merupakan pelajar di XXXXX XXXXXXXXX Sri Gading. Pemeriksaan pada kad kuasa milik (B1) mendapati kad kuasa tersebut adalah palsu. (B1) dengan berpandukan contoh kad kuasa yang diperolehi di laman sesawang telah mencipta kad kuasa miliknya sendiri.
7.3. (B1) merupakan seorang yang fanatik dengan seragam Polis. Menurut (B1) kesemua barangan polis yang dirampas telah dibeli secara atas talian. (B1) juga mengesahkan itu adalah kali pertama (B1) memakai pakaian seragam tersebut.
8. Tindakan:
8.1. Rakam percakapan pengadu dan saksi semasa kejadian.
8.2. Ambil gambar tempat kejadian dan rajah kasar tempat kejadian.
8.3. Pemohonan Reman ke atas (B1) akan dibuat di Mahkamah Batu Pahat pada 02/02/2020.
Siasatan lanjut masih diteruskan