Terjebak situasi sukar, Mark Natama dianggap jahat?

PENYANYI muda Mark Natama kembali dengan karya terbaharunya melalui sebuah single luar biasa yang diberi judul TERLUKA MENGINGINKANMU.

Bekas peserta akhir rancangan pencarian bakat Indonesian Idol special season musim kesebelas ini telah melancarkan single profesionalnya berjudul ‘Jago Cemburu’ pada tahun lalu.

Single TERLUKA MENGINGINKANMU ini turut menyaksikan Mark Natama masih bekerja sama dengan trio pencipta lagu hit, Laleilmanino. 

Namun begitu, lagu ini sangat berbeza dengan ‘Jago Cemburu’ yang memperdengarkan warna muzik pop dengan nuansa RnB yang rancak. Lagu TERLUKA MENGINGINKANMU dicipta untuk menyajikan warna muzik pop balada yang perlahan nan romantis, sehingga kekuatan dari kualiti vokal Mark Natama yang merdu menjadi senjata utama di lagu ini.

Lagunya sendiri masih mengambil tema percintaan. Bercerita tentang sebuah perasaan seorang lelaki yang terjebak dalam situasi yang tidak diinginkan, hingga terlihat seolah jahat, namun sebenarnya tidak seperti itu.

“Menariknya dari cerita liriknya jadi terlihat jahat, kerana menduakan. Tetapi point of view-nya dari seorang lelaki yang melakukannya secara tidak sengaja, bukan untuk menyakiti hati pasangannya, justeru di sini menceritakan kedudukan dia yang terluka, dia tidak menyayangi orang yang dia sayangi, dan dia terjebak dalam suatu situasi yang tidak dapat dihindari,” ujar Mark menceritakan tentang single TERLUKA MENGINGINKANMU.

Apa yang menarik, single ini dirancang sebagai menjadi single pertama, namun dengan beberapa pertimbangan akhirnya dijadikan yang kedua, supaya ceritanya jadi seperti bersambung dari single pertama, “Jago Cemburu’.

Seperti yang dilakukan di single sebelumnya, untuk lagu TERLUKA MENGINGINKANMU juga dilancarkan dalam bentuk video muzik. Menariknya, video muzik single kali ini juga masih dilakukan oleh pasukan penerbitan yang sama seperti lagu ‘Jago Cemburu’.

“Baik lagu dan video muzik masih dihasilkan oleh orang-orang yang dulu menghasilkan single ‘Jago Cemburu’, jadi sudah sangat memahami proses peralihannya, dan saya juga merasa ada sebuah pendewasaan dalam diri saya sendri, baik dari cara menghasilkan lagu dan videonya juga,” tegas Mark Natama.

“Jadi gambarannya sesuai dengan apa yang saya alami dua tahun lalu. Seperti gagal move on kalau boleh saya ungkapkan. Penggambaran juga 25 jam, dan saya mahu videonya terperinci mungkin, supaya ceritanya itu dapat diterjemahkan kepada teman-teman semua,” kata Mark tentang video muziknya. 

Melalui single ini, Mark Natama berharap supaya mereka yang pernah merasakan hal sama mampu mendapatkan titik cerah dari situasi tersebut. 

“Ini memang cerita yang sepertinya agak tabu, tapi ini tentang perasan yang memang tak mampu dikawal, tentang perasaan yang bukan satu pihak saja yang terluka, kedua-duanya terluka, kerana menyangkal perasaannya. Mudah-mudahan dari lagu ini mereka yang melaluinya bisa menemukan penyelesaiannya,” jelas Mark.