#RAPSTARERA cari bakat baharu muzik Hip Hop

Tidak dinafikan genre Hip Hop kini menjadi antara kegilaan anak muda di negara ini. Malah kemenangan lagu Aman-Ra, ‘Bangun’ yang dinobat sebagai Naib Juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-34 yang lalu juga membuktikan irama ini merupakan muzik yang menjadi pilihan pelbagai golongan.

Bagi mengembangkan lagi arena Hip Hop dalam industri muzik Malaysia, Universal Music Malaysia dan label hip hop tersohor Def Jam Malaysia bekerjasama dengan jenama radio nombor satu, ERA untuk melancarkan kempen pencarian bakat hip hop terbaharu Malaysia menerusi #RAPSTARERA. Pemenang #RAPSTARERA bakal berpeluang merakamkan single bersama Universal Music Malaysia dan Def Jam Malaysia.

Pencarian #RapStarERA masih di buka!! Muat naik video rap anda di Instagram sebelum 20 Februari 2020. Posted @withregram • @era.je Post video korang rap lirik sendiri selama satu minit di Instagram beserta hashtag #RapStarERA! Dan jangan private kan Instagram korang tu, nanti macammana kitaorang nak check it out!Tunggu apa lagi! Better post sekarang sebelum 20 Februari ni. Terma dan syarat serta notis privasi, check it out di website era.je okay! Terus stream ERA di Syok, semuanya ada! ERA, Muzik Hit Terbaik!

Posted by Astro on Saturday, February 15, 2020

Mengulas tentang kerjasama strategik ERA bersama Universal Music Malaysia dan Def Jam Malaysia ini, Pengurus kandungan ERA, Erman Zaki berkata,

“Kami percaya bahawa kerjasama erat antara jenama radio dan syarikat rakaman boleh menggalakkan lagi pertumbuhan industri muzik Malaysia. Platform #RAPSTARERA disediakan bagi mengetengahkan bakat-bakat baharu yang bakal memeriahkan lagi industri muzik Malaysia.”

Manakala Pengarah Urusan Def Jam Asia Tenggara, Joe Flizzow pula berkata,

“Kita boleh lihat kejayaan lagu-lagu Hip Hop pada masa kini menguasai radio dan pelantar digital. Malah nama rapper dan penerbit Hip Hop tempatan juga sudah tidak asing lagi di arena muzik arus perdana Malaysia. Ini merupakan salah satu petanda bahawa arena Hip Hop di Malaysia boleh dikembangkan lagi dan inilah yang menjadi inspirasi kepada #RAPSTARERA.

“Kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan jenama radio nombor satu di Malaysia iaitu ERA dalam mencari bakat bakat baharu yang boleh diketengahkan sekaligus boleh mewarnai arena Hip Hop di Malaysia. ”
 
Pencarian #RAPSTARERA ini berlangsung dari 10 sehingga 20 Februari 2020 ini. Penyertaan akan dinilai oleh juri terpilih dari Universal Music Malaysia dan Def Jam Malaysia. Ketahui lebih lanjut mengenai cara dan syarat penyertaan #RAPSTARERA di laman web https://era.je/special/rapstar.