Raih 10 juta tontonan dalam masa 13 minit! BTS buat hati pendengar cair seperti ‘mentega’!

KUMPULAN K-Pop terkenal dari Korea Selatan, BTS akhirnya telah melancarkan muzik video bagi single terbaru dalam bahasa Inggeris Butter hari ini.

Meskipun baru sahaja dilancarkan, dalam masa 20 minit sahaja muzik video Butter yang dimuat naik oleh HYBE Labels itu telah meraih 10 juta tontonan dalam masa 3 minit. Rekod ini adalah rekod terpantas selepas lagu hit BTS Dynamite yang dilancarkan pada tahun lalu iaitu sebanyak 10 juta dalam masa 20 minit.

Terdahulu, BTS telah memuat naik beberapa foto ‘teaser’ dan klip video konsep Butter yang memaparkan sisi menawan ketujuh-tujuh anggota BTS iaitu RM, Jin, SUGA, j-hope, Jimin, V dan Jungkook.

Dalam pada itu, comeback mereka kali ini juga disokong oleh kumpulan lagenda dunia iaitu Queen di Twitter.

Peminat BTS, ARMY juga turut membanjiri komen kerana setiap anggota menunjukkan pesona mereka yang baru dan lebih dewasa.

Untuk pengetahuan, lagu ini diproduksi oleh Rob Grimaldi, Stephen Kirk, dan Ron Perry dan RM juga turut menjadi salah seorang komposer dalam lagu tersebut.