Badan lelaki hancur, kereta meletup selepas dipanah petir. Kenderaan dipercayai penuh dengan mercun

SEORANG lelaki hancur anggota badan selepas kereta dipandunya meletup dipercayai dipanah petir dalam kejadian di Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh, pada petang Jumaat.

Kejadian yang berlaku pada pukul 5.38 petang itu menyebabkan kereta Proton Iswara dipandu mangsa rentung dan terputus dua, lapor Harian Metro.

Lima kenderaan lain yang berada berhampiran di lokasi kejadian turut terbakar susulan letupan berkenaan.

Keadaan kenderaan lain yang turut terkena serpihan letupan.

Difahamkan, sepasukan anggota bomba dan penyelamat yang berada di lokasi kejadian turut menemui serpihan mercun di lokasi berkenaan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu ketika dihubungi Harian Metro berkata, seorang mangsa meninggal dunia dalam kejadian berkenaan.

Keadaan kenderaan mangsa yang hancur.

“Ketika kejadian terdapat lima kenderaan di lokasi berhampiran yang turut terbakar.

“Cermin masjid berdekatan juga pecah akibat letupan kenderaan itu,” jelasnya.

Laporan lanjut menyusul.

Sumber: Harian Metro