INNUENDO di Istana Budaya April depan

Selepas beberapa tahun menyepi kumpulan muzik yang pernah menjadi kegilaan suatu ketika dahulu kini bakal mengadakan konsert ‘comeback’ buat peminat.

INNUENDO yang juga kumpulan R&B akan muncul di Istana Budaya pada 10 April ini dengan persembahan yang pastu membuai kembali kenangan dengan lagu-lagu popular mereka.

Antara lagu yang pasti ditunggu peminat pada konsert ini antaranya ‘Selamanya’, ‘Gemawan’ ‘Ratu Hati’, ‘Belaian Jiwa’ dan banyak lagi bakal menjadi buah tangan paling indah buat peminat setia kumpulan ini.

Sementara itu Konsert yang memang dinanti-nantikan ini bakal menjadi sebuah malam yang diingati tambahan pula dengan kemunculan legenda Michael Veerapan sebagai pengarah muzik beserta 12 pemuzik yang akan mengiringi konsert ini. Ia bakal menjadi sebuah malam yang diingati oleh semua mata yang menonton dan merasa.
 
Tiket-tiket berharga RM695 (Meet and Greet), RM355 (Diamond), RM255 (platinum), RM125 (Gold). Tiket konsert ini mulai dijual pada 17 Februari 2020, jam 2 petang di www.myticket.asia
 
INNUENDO – THE RETURN dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd dan merupakan konsert satu malam sahaja di Istana Budaya.