Empat Protege Ke Pentas Akhir Mentor Milenia 2019

256

Hanya empat protege iaitu Daus Husny yang juga protege kepada Erni Zakri, Aedy Kama( Black), Rika Riana( Stacy) dan Apex Tajudin( Hazama), diumumkan yang layak ke pentas akhir Mentor Milenia 2019 yang akan berlangsung pada Ahad depan.

Nama mereka diumumkan pada pentas separuh akhir yang disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, semalam.

Sementara itu pada peringkat separuh akhir semalam menyaksikan setiap protege mempersembahkan dua lagu iaitu secara solo.

Bagi Akim Ahmad pula dia tidak melihat kegagalan kesemua protege miliknya untuk mara ke pentas akhir sebagai sesuatu yang menyedihkan. Tambahnya berada dalam pertandingan membuatkan dia cukup bersedia dengan keadaan ini.

“Saya lebih lega sebenarnya sebab tidak ada lagi cabaran untuk minggu depan.

“Saya harapkan yang terbaik untuk semua protege dan mentor untuk minggu depan,”katanya.

Juara Mentor Milenia 2019 akan memenangi RM100, 000 berserta trofi.

Pemenang juga bakal berpeluang menghasilkan lagu debut ciptaan salah seorang komposer ternama di Malaysia, lengkap berserta video muzik serta dijadikan OST drama di TV3.

Baca juga:   “Bukan sebab dadah, saya memang ada bipolar mania”

Selain itu, pemenang akan diberi waktu promosi televisyen dan radio bernilai RM500,000 dan dokimentari pendek kisah mereka sepanjang di Mentor Milenia untuk disiarkan di saluran YouTube TV3.

Pihak juri pada musim ini ialah ​Altimet ​dan ​Datuk Syafinaz​.

Pemarkahan protege dibahagi kepada dua iaitu markah persembahan 60%
dari pihak juri dan 40% undian awam.

Undian boleh dibuat menerusi laman sesawang https://www.xtra.com.my/mentormilenia​.

Dihoskan oleh ​Shuk Sahar, Elly Mazlein ​dan ​Zetty HotFM​, Mentor Milenia peringkat akhir bakal berlangsung pada Ahad depan, pukul 9 malam di TV3.