Andi Bernadee Kini Duta Seliper

Penyanyi Andi Bernadee dilantik sebagai duta pertama kepada jenama selipar Fipper.

Penyanyi yang terkenal melalui lagu Donde ini, memberitahu dia sangat bersyukur untuk rezeki ditahun 2020.

“Saya sangat berterima kasih kepada pihak Fipper kerana melantik saya sebagai duta produk ini.

“Saya melihat ini sebagai peluang dan rezeki untuk saya di tahun 2020,”katanya.

Sementara itu pihak Fipper memberitahu mereka akan bekerjasama dengan penyanyi ini sepanjang satu tahun. Menurut Pegarah Urusan Fipper, Mr Jee Von dia melihat kepercayaan Andi kepada produk ini membuatkan dia yakin Andi adalah duta yang sesuai untuk membawa jenama ini lebih jauh.

“Kami tidak mengambil dia kerana populariti tetapi kami mendapat tahu dia merupakan pengguna setia produk ini,”katanya.

Perkembangan lain juga, Andi memberitahu dia kini sedang sibuk mempromosikan single duet terbaru bersama Ismail Izzani yang bertajuk HELLO.