Ayie Masih Berwaspada Dari Melayan Kiriman Mesej Berbaur Lucah.

Ayie Floor 88 atau nama sebenarnya Ayie Elham berkata untuk mengekalkan prestasi dari kontroversi dalam Industri hiburan amat susah.

Walaupun sudah bergelar artis, Ayie masih menjaga batasnya dari terlibat dengan penipuan kiriman mesej berbaur lucah.

Dari dulu lagi masa saya mula naik dengan lagi Zalikha, banyak mesej berunsur ‘pervert’ yang saya terima.”

Yang mesej itu pun tidak kira sama ada ada lelaki atau wanita yang saya dapat. Tapi saya tidak layan sebab zaman sekarang semua boleh edit walau satu perkataan kita balas,” katanya kepada The News.

Beliau turut berkata, kecaman dan hinaan sebagai seorang artis tidak dapat dihentikan serta-merta di sosial media.

Sementara itu, Ayie berkata perancangannya untuk mengeluarkan album dijangka keluar tahun hadapan.

Sekarang pun masih dalam proses lagi hanya tinggal empat lagu yang akan disiapkan tidak lama lagi.”

Dan album itu mempunyai pelbagai genre dan Insya Allah tahun depan akan keluar,” katanya lagi.

Turut difahamkan disebabkan kekangan masa yang sempit semasa pembuatan album itu memakan masa yang lama untuk disiapkan.

Bagaimanapun, Ayie dan kumpulan Floor 88 tidak akan berputus asa untuk menghiburkan peminat mereka dari semasa ke semasa.