7 Nasihat hadir bersama amaran

Baharu sahaja muncul dengan single ‘Terang’ pada November tahun lalu, kini penyanyi nombor satu negara  Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal hadir pula dengan single terbaru berjudul “7 Nasihat”.
 
“7 Nasihat” merupakan ciptaan rapper, komposer dan penerbit yang semakin meningkat naik iaitu pasangan duo Kmy Kmo dan Luca Sickta yang turut membuat penampilan istimewa dalam lagu ini.

Sementara itu tidak sampai beberapa minit lagu ini dilancarkan ada beberapa pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil jalan mudah untuk mengaut keuntungan melalui muat naik di saluran Youtube.

Kecewa dengan tindakan yang dianggap tidak menghormati kerja keras orang lain itu Siti turut memberi amaran jika perkara ini berterusan dia akan mengambil tindakan.

“Walaupun lagu baharu saya bersama Kmy Kmo dan Luca baharu dilancarkan tengah malam tadi, tapi sudah banyak yang memuatnaik dan meletakkan di dalam youtube masing-masing.

“Saya mohon agar anda menghormati hak cipta dan karya insan seni. Pihak syarikat saya, Siti Nurhaliza Productions (SNP) dan Universal Music akan segera memantau perkara ini.

“Saya mohon agar anda yang berbuat demikian dapat memadamkan video itu sebelum laporan dibuat untuk tindakan selanjutnya,” tulisnya di laman sosial miliknya.

Disebalik kekecewaan ini Siti turut memberitahu ini merupakan kali kedua Datuk Siti berkolaborasi dengan penyanyi Hip Hop selepas kolaborasinya bersama kumpulan Too Phat pada tahun 2005 menerusi lagu hits ‘Dua Dunia’.

“Sebagai artis senior, saya tidak mahu ketinggalan dengan peredaran muzik semasa. Peluang bergandingan dengan  (nama penuh kmy & luca) merupakan salah satu cara untuk saya mendekati peminat muzik dan pendengar yang lebih muda”, kata beliau.

“Tambahnya lagi, lagu “7 Nasihat” merupakan sebuah karya istimewa kerana menggabungkan hip-hop, rap dan tradisional. Ini juga dapat menyuntik minat generasi muda menghayati gabungan irama yang digarap dengan begitu baik sekali,”katanya.