Mungkir Janji Dedah Wajah Musa, “Saya Tahu Dia Tahu” – Mizz Nina

 

Bekas isteri kepada Noh Salleh, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 44, melalui satu hantaran di Instagram hari ini menjelaskan situasi anak angkatnya, Musa diambil darinya tanpa pengetahuan dirinya.

Jelas Mizz Nina, Musa diambil sebagai anak angkat dua hari selepas dilahirkan.

“Saya mengambilnya sebagai anak angkat pada hari kedua dia dilahirkan dan saya menyusukannya.

“Semasa saya berada di dalam kapal terbang dalam perjalanan pulang ke KL, dia telah diambil tanpa kebenaran dan pengetahuan saya, ketika dia berada di bawah jagaan saya dengan dokumentasi undang-undang,” jelasnya.

Dedah Mizz Nina lagi, Noh Salleh sebenarnya mengetahui mengenai perjanjian bersama ibu kandung Musa di mana mereka tidak boleh mendedahkan wajah Musa di mana-mana media sosial. Menurutnya lagi, Noh Salleh juga telah mendedahkan identiti ibu kandung Musa yang sepatutnya dirahsiakan semasa membuat permohonan maaf secara terbuka baru-baru ini.

Jelas Mizz Nina, selepas berpisah dengan Noh Salleh hak penjagaan Musa jatuh kepadanya selepas Noh menandatangi dokumen undang-undang di hadapan pesuruhjaya sumpah.

“Selepas saya bercerai dengannya, dia dengan rela hati menandatangani dokumen undang-undang  memberi saya hak penuh untuk menjaga Musa, di hadapan pesuruhjaya sumpah. Sejak saat itu, dia kehilangan haknya untuk menjadi penjaga kepada Musa,” jelasnya lagi.

“Saya menceritakan kisah sebenar supaya tidak ada spekulasi atau fitnah. Ini bukan sekadar cerita bagi pihak saya, tetapi inilah kebenarannya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shazrina Azman (@officialmizznina)