Selamatkan Dua Individu Jatuh Jambatan Pulau Pinang, Anggota Tentera Dinaikkan Pangkat

Seorang anggota tentera, Koperal Mazlan Abdul Rahman, dari Batalion ke-2 Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD) yang telah menyelamatkan dua individu yang terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang sebelum ini telah dinaikkan pangkat kepada Sarjan.

Pemakaian pangkat disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, Port Dickson, semalam.

Perwira Batalion ke-2 Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD) itu turut dianugerahkan Pisau Tentera Darat sebagai pengiktirafan dan penghormatan atas keberaniannya.

Ia berikutan kepakaran dan keikhlasan menyelamatkan orang awam dan menjadi contoh kepada orang lain.