“Mungkin Bukan Ruhainies” – Instagram Aliff Aziz dan Ruhainies ‘Diserang’ Netizen

 

Susulan berita pelakon Aliff Aziz ditangkap khalwat dengan seorang pelakon wanita awal pagi tadi, nama Ruhainies terus menjadi sebutan netizen.

Bukan sahaja Instagram Aliff Aziz, malah adik kepada pelakon Risteena Muin juga turut diserang netizen. Ruhainies kini antara pelakon wanita yang digandingkan berlakon bersama Aliff Aziz.

“Sekali brselingkuh memang tak akan berubah sampai bila-bila

“Paling kesian is your son. He might be verbally bullied because of your choices in life,” antara komen netizen di Instagram Aliff Aziz.

Bagaimanapun ada juga netizen yang menganggap kejadian Aliff ditangkap khalwat merupakan satu marketing

“Nampak sangat buat-buat kontroversi untuk promo drama terbaru je. Masing-masing Aliff Aziz dengan Ruhainies latest story poster drama. Netizen macam biasa gelabah monyet percaya bulat-bulat,” tulis seorang individu.

Menjengah ke ruangan komen salah satu hantaran di Instagram Ruhainies, netizen turut menyerang pelakon ini walaupun belum ada kepastian sama ada Ruhainies yang bersama Aliff Aziz malam tadi.

“Maybe bukan Ruhainies, sabar netizen nanti jatuh fitnah

“Ruhainies, awak ni terlalu cantik tau. Tapi tulah besar silap awak ni,” komen netizen.