Aliff Aziz dan Ruhainies Bebas Dengan Jaminan, Bakal Didakwa di Mahkamah Syariah

Pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies telah dibebaskan dengan jaminan sementara dan dilihat keluar dari perkarangan pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) kira-kira jam 2 petang tadi.

Kira-kira jam 12 tengah hari tiga kereta jenis Toyota Alphard, Honda Civic dan Perodua Myvi bersama lima individu dipercayai ahli keluarga mereka hadir ke pejabat itu untuk mengambil kedua-dua pasangan ini.

Kedua-dua pelakon tersebuut bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat

Sumber : Harian Metro