MK K-Clique berjinak-jinak dengan ilmu agama, tanggal rantai & gelang di kelas agama

PENYANYI rap daripada kumpulan terkenal K-Clique iaitu MK menarik perhatian peminatnya apabila menyertai kelas agama bersama satu kumpulan agama

MK kongsikan gambar aktiviti kelas agama itu menerusi laman sosial miliknya sejak beberapa hari lalu.

Kelas itu juga turut disertai beberapa rakan rapatnya termasuklah Mas Khan.

MK dilihat seronok menyertai kelas itu di sebuah kampung di Jerantut Pahang dengan pelbagai aktiviti antaranya menunggang kuda serta makan dalam dulang beramai-ramai.

MK sering menggayakan imej memakai gelang dan rantai.

Malah, penyanyi lagu Pulang juga telah menanggalkan rantai dan gelang yang dipakai sebagai tanda menghormati kelas agama tersebut.

Kelas yang disertai hanya tiga hari sahaja, selepas selesai MK akan pulang ke Kuala Lumpur dan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa.