Minta pandangan ustaz, Datuk A Aida dedah sebab bukak tudung kini, jom baca pengakuan penerbit terkenal Malaysia ini

Benar atau tidak “cinta” baharu buat Datuk A Aida bukak tudung kini, jom baca pengakuan penerbit terkenal Malaysia ini

Kemunculan penerbit terkenal, Datuk A Aida ke Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34) semalam ternyata mengejutkan ramai pihak apabila kini dia kembali tidak bertudung kini.

Malah apa yang menarik penampilan terbaharunya itu bukan sahaja mendapat kritikan warganet tetapi juga pada masa yang sama turut mendapat pujian ramai kerana ada yang melihat wanita berusia 49 tahun itu semakin cantik kini.

Usaha pihak The News Malaysia untuk mendapatkan komen mengenai pilihannya untuk tidak bertudung ternyata dijawab A Aida dengan ikhlas. Jom kita lihat beberapa soalan panas yang dijawab cukup tenang ibu tunggal kepada dua anak ini.

TNM : Kemunculan Datuk ke AJL semalam cukup mengejutkan, boleh komen?
Datuk A Aida : Ini adalah diri saya sebenar, maknanya saya memang sudah tidak bertudung kini.

TNM : Sejak bila buat keputusan ini?
Datuk A Aida : Saya sudah menanggalkan tudung sejak pulang dari bercuti di Maldives pada Disember tahu lalu. Semalam adalah kemunculan pertama di khalayak ramai.

TNM : Cukup berani membuat penampilan yang kita tahu AJL semalam disaksikan ramai rakyat Malaysia, mengapa?
Datuk A Aida : Saya tidak mahu berselindung lagi, memang saya juga mendapat nasihat ramai agar menjadi diri saya sendiri. Memang banyak yang saya fikir sebelum melangkah ke AJL semalam tetapi pada satu tahap saya perlu melaluinya.

TNM : Mendapat kritikan kerana dianggap tidak patut menanggalkan tudung dan pujian kerana Nampak cukup anggun semalam, bagaimana Datuk mengawal keadaan ini.
Datuk A Aida : Memang saya tahu ramai yang mengecam dengan pilihan saya ini tetapi dalam masa yang sama ada juga yang memberi semangat. Jujurnya saya tahu berdosa, tetapi saya harapkan mereka di luar sana faham selain mengharapkan yang terbaik.

TNM : Sebelum Datuk pilih untuk tidak bertudung ada minta pandangan sesiapa?
Datuk A Aida : Selain kawan-kawan, saya juga bertemu sendiri dengan ustaz. Apa yang boleh saya katakan saya masih belum terbuka untuk bertudung sepenuhnya dengan ikhlas. Saya bertudung sebelum ini juga merupakan permintaan bekas suami.

TNM : Ada juga yang mengatakan penampilan tanpa tudung ini sebenarnya tanda sudah ada cinta baharu yang bertandang betul ke?
Datuk A Aida : Tidak ada cinta dan lelaki baharu dalam hidup saya ketika ini. Fokus saya hanya anak-anak dan karier sahaja. Selain itu juga saya lebih banyak menghabiskan masa di gim sahaja bersama kawan-kawan.