Array

“Lok U menjadi antara insan yang yakin dengan bakat nyanyian saya” – Siti Sarah akui rasai kehilangan

MENGAKUI masih terasa dengan kehilangan antara rakan baiknya di dalam industri, penyanyi Siti Sarah Raisuddin menjelaskan arwah Faizal Uzir atau Lok U merupakan antara insan yang yang banyak membantu karier nyanyiannya.

Mengenang kembali kenangan bersama nama besar itu, kata Sarah Lok U sentiasa yakin dengan bakat yang dimilikinya.,

“Hubungan saya dengan arwah memang sangat rapat. Di kala saya rasa diri tidak cukup bagus sebagai penyanyi, dia yang sentiasa percaya bakat saya.

Sementara itu kata Sarah ketika ini masih lagi dirundung perasaan bersalah apabila tidak mengundang arwah Faizal Uzir atau Lok U pada majlis pembukaan perniagaan kedai minumannya pada penghujung tahun lalu.

“Saya rasa bersalah apabila terlupa mengundang arwah ke majlis pembukaan kedai minuman saya. Arwah pernah menyatakan hasrat mahu berniaga dan minta nasihat saya.

“Saya beritahu, saya akan bantu jika mahu mencuba, tetapi hajat tak kesampaian. Saya sangat menyesal dan sampai sekarang rasa bersalah terhadapnya,” katanya pada pelancaran lagu terbarunya berjudul Dap Dap Dap, baru-baru ini.

Tambahnya juga dia akan melancarkan lagu yang turut mendapat sentuhan Lok U yang bakal dilancarkan selepas Aidilfitri kelak.

“Lagu itu ciptaan orang lain tetapi saya menggunakan khidmat dia untuk menggubah kembali. Jujurnya saya memang terkejut dengan pemergiaan dia yang sangat mengejut,” katanya yang masih bersedih dengan pemergiaan Lok U 22 pada Januari lalu.

Terdahulu Sarah kini muncul dengan lagu baharu berjudul Dap Dap Dap. Berkongsi mengenai lagu ini dia menyukai keunikan yang ada pada lagu ini selain mahu mencari kelainan.

“Lagu ini merupakan ciptaan Yonnyboii, peluang bekerjasama dengan orang muda membuatkan saya dapat belajar banyak benda baharu selain dalam masa yang sama dapat merasai sendiri sisi muzik yang berbeza,” katanya.

Most Popular

Binatang! Lelaki guna umpan gula-gula sebelum rogol budak lapan tahun

SEORANG lelaki disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpan mangsa dengan gula-gula, berhampiran Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu, Sabah...

Polis Indonesia dikecam kerana tempatkan pondan instafamous di penjara lelaki

KUMPULAN hak asasi di Indonesia menyelar tindakan polis menempatkan seorang transgender wanita di dalam sebuah penjara lelaki, lapor Harian Metro.

Netizen terpesona kejelitaan nenek umur 53 tahun persis gadis remaja – “Ini manusia atau pontianak?”

SEORANG wanita berusia 53 tahun menjadi tumpuan netizen di Indonesia kerana memiliki wajah awet muda persis anak gadis berumur belasan tahun, lapor...

Didakwa mahu ubati kemurungan ikut kaedah rawatan Islam, pendakwah selebriti direman bantu siasatan kes noda wanita

SEORANG pendakwah selebriti direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menoda seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7...