Cukup pedih untuk menerima kenyataan yang kini rakan baiknya sudah tiada, Achey hari ini berkongsi permintaan Allahyarham Abam Bocey yang mahukan dia dan Fad Bocey mengembumikan jenazahnya.
“Tq sahabat, love u so much, semoga kita kekal sampai mati.
“@fadbocey @acheykintangkingtung kalau aku mati tolong kebumikan aku tau,” katanya.
Walaupun permintaan itu dilakukan Abam sempena hari lahirnya tahun lepas, melalui ruangan komen di Instagram Achey, namun perkongsian ini ternyata cukup memberi kesan kepada warganet.
Bagi Achey dia pada mulanya hanya menganggap apa yang diminta rakan baiknya itu adalah gurauan sahaja.
“Telah aku tunaikan bamm, walaupun ianya gurauan yang menjadi kenyataan,”tulisnya.
Sementara itu Fad yang masih dalam perjalanan ke Malaysia kerana berada di Jepun tidak sempat untuk melawati rakan baiknya .
Bagaimanapun difahamkan sejak semalam Fad mencuba pelbagai cara untuk kembali ke Malaysia dalam memastikan dia sempat melihat jenazah Abam.
Menerusi laman Instagram, Fad sejak semalam berkongsi rasa sedih dan terkilan kerana tidak dapat menatap wajah Abam buat kali terakhir.
“Aku minta maaf tak dapat tengok kau buat kali terakhir…maafkan aku,”tulisnya.
Lebih menyedihkan Allayarham Abam yang meninggal semalam, baru sahaja menyambut hari lahirnya yang 32 pada 19 Januari lepas.