Cuti Sekolah Di Astro Go

Bermulanya cuti persekolahan bermakna ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka mempunyai aktiviti yang betul dalam mengisi masa dirumah.

Tidak ketinggalan memastikan penonton cilik mereka mendapat program yang bersesuaian sepanjang percutian ini.

Astro menyajikan lebih 9,000 kandungan hiburan kanak-kanak terhebat yang boleh didapati di platform Astro GO dan On Demand.

Bermakna setiap program yang ditayangkan sedia untuk distrim pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada. Dalam pada itu, kanak-kanak juga boleh menonton program-program kegemaran mereka ini dalam versi berdefinisi tinggi (HD) di Astro Ceria, Astro Xiao Tai Yang, Disney Channel, Cartoon Network dan Nickelodeon.

Antara dua program terbaharu di saluran Astro Ceria yang paling dinanti tentunya “SMK’, sebuah siri bergenre komedi akan menampilkan pelbagai kisah menarik seorang murid baharu bernama Adam dan gelagat sekumpulan remaja di sekolah menengah.

Terkenal dengn lagu-lagu yang menarik jangan lupa untuk berhibur bersama Pinkfong dan Baby Shark menerusi ‘Hello Pinkfong’, siri ‘live-action’ pertama di dunia melibatkan karakter ini!

Lebih hebat 50 program-program eksklusif menanti penonton di saluran pelbagai bahasa Astro termasuklah di saluran kanak-kanak nombor satu di Malaysia, Astro Ceria, saluran-saluran utama berbahasa Melayu (Astro Ria, Astro Warna, Astro Prima), saluran antarabangsa (HBO, Fox Movies, Disney, Cartoon Network, Nickelodeon, Warner TV), saluran berbahasa Cina (Astro Xiao Tai Yang) dan saluran berbahasa India (Astro Vaanavil, Astro Vellithirai) dari ‪23 November 2019‬ ini.