“Mi Rebus” terakhir Abam buat Fasha

KETIKA ini ramai yang berkongsi kenangan terakhir mereka dengan Allahyarham Abam Bocey, malah pelakon Fasha Sandha sendiri tidak ketinggalan menjelaskan bagaimana sedihnya dia untuk mengetahui Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan kini sudah tiada.

Menjelaskan Abam sebagai seorang insan yang mulia, jelas Fasha dua minggu sebelum Abam meninggal dunia dia turut menempah mi rebus kerana teringin. Malah dia turut berkongsi video abam yang sedang memasak kuah mi rebus di dapur.

“Sayu dengar perkhabaran pagi ni. Abam oh Abam, insan mulia sudi masakkan untuk kak pada tanggal 26 Januari sebab kak teringin nak makan mi,” tulisnya di Instagram

Selain meminta meminta dan memohon semua pengikutnya di Instagram untuk menyedekahkan bacaan surah Al Fatihah kepada Allahyarham, Fasha turut menjelaskan dia akan sentiasa melawat anak Abam yang kini berusia lapan bulan.

“Lepas dua minggu dah pi (pergi) tinggalkan semua. Kak janji, selagi Allah izinkan, selagi kak mampu, kak akan jenguk Hamzah (anak Abam) selalu… Allahhuakbar.

“Jom semua followers (pengikut) kesayanganku. Mohon sedekahkan Al Fatihah buat insan baik bernama Syed Umar Mokhtar atau Abam Bocey. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin,” katanya.

Sementara itu Abam meninggal dunia di kediamannya semalam di Gombak, Abam meninggalkan isteri, Nor Hidayah yang dikahwini pada 2017 dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey .