“Lama weh aku tunggu nak dapat jodoh, dan Allah terus bg rezeki zuriat” Fizo sebak terkenang kenangan akhir bersama Abam

Sama seperti rakan artis lain Fizo Omar tidak terkecuali berkongsi kenangan terakhirnya dengan Allahyarham Abam Bocey. Walaupun kali terakhir bercakap dengan Abam adalah dua bulan lepas namun jelas Fizo apa yang paling diingatinya tentang Abam adalah bagaimana Allahyarham cukup gembira dapat bergelar seorang ayah.

Tambah Fizo, Abam terlalu gembira tiap kali bercerita tentang anaknya malah dia turut memberitahu Fizo tidak mahu bekerja dan hanya mahu duduk di rumah untuk bermain dengan anknya.

“Ayat ni lah terlintas dlm kepala aku bila dpt tahu yg Abam dah tak de pg td, ni last conversation aku ngn arwah masa buat teater Siti Di alam Fantasi 2 bulan lepas. Punyalah seronok dia cter pasal anak dia, Hamzah. “lama weh aku tunggu nak dapat jodoh, dan Allah terus bg rezeki zuriat, macam tak caya dgn keadaan aku mcm ni Allah bg rezeki kat aku”. “kalau ikutkan hati aku,rasa tak nak keluar rumah, nak main ngn anak je hari2, tu la bila aku habis keje pecut balik rumah nak main ngn anak”.

“ Aku paham perasaan tu sbb aku pun berada dlm situasi yg sama, beza Maryam dan Hamzah tak sampai setahun. Tiap kali borak psl anak je aku boleh rasa dan nampak dia punya excited dan rasa bersyukur tu lain macam,” tulis Fizo.

Sempat berkongsi gambar dengan anak Allahyarham di Instagram miliknya, jelas Fizo dia sangat sedih untuk mengetahui anak Abam yang berusia lapan bulan ini tidak mengetahui bagaimana kasihnya Abam terhadap anaknya itu. Jelas Fizo lagi dia yakin percaturan Allah adalah yang terbaik buat keluarga ini.

“Hari ni aku sedih sgt bila pg ziarah keluarga td, bila tgk Hamzah,aku tak leh tahan sebak aku, sbb aku tahu betapa bapaknya sayang dia..Allahu.Apa yg aku blh sampaikan pada Hamzah, bapak kau ni orang yang baik dan tak pernah nak berckp psl orang lain dan dia sgt bertanggung jawab kpd keluarga dia.kau beruntung menjadi keturunan yg baik, tengoklah beribu orang yg dtg memberi penghormatan terakhir pada bapak”.

.
Pandanglah kearah positive dgn percaturan Allah, sekurang kurangnya Allah mengurniakan salah satu nikmat dunia sebagai seorang bapa yg dpt memberikan kasih sayang kpd seorang anak walaupun hanya 8 bulan sahaja.Allah sebaik2 perancang, jgn sesekali kita menidakkan aturanNYA, Allah menjemput anak kpd Ali Puteh (adik Abam) dan DIA mengizinkan Ali menjadi juara MLM dan rezekinya melimpah ruah dan semalam Allah menjemput pula Abam.Dan aku percaya pangkat sebagai bapa saudara sama sperti bapa sendiri,” tulisnya lagi.

Mahu terus membantu keluarga Abam, Fizo turut meminta pengikutnya untuk sentiasa memberikan sokongan moral buat keluarga Abam selain turut meletakkan nombo akaun isteri Abam untuk mereka yang mahu bersedekah.

“Kawan2, mungkin Balu kpd arwah, anaknya Hamzah atau keluarga tak perlukan bantuan dari segi kewangan, tetapi kita sebagai sesama Islam tak salah kalau kita nak kongsikan rasa kasih sayang dan moral support utk kita bantu mereka yang akan meneruskan kehidupan baru mereka selepas ini.

“Saya doakan semoga semua yg membaca ini, Allah gerakkan hati kita semua dgn membantu keluarga arwah dgn seikhlas hati,
( Siti Norhidayah – 4732721822 – Public Bank) .
AL – FATIHAH.,” tulisnya.