Makin menjadi-jadi kisah pemandu mabuk mengakibatkan kemalangan maut.
Terbaru dua sahabat yang menaiki motosikal menjadi mangsa seorang pemandu wanita yang dikatakan mabuk.
Maut di lokasi kejadian, dua sahabat ini dikenali sebagai Muhamad Syaiful Hilmi Bin Rosidi, 21, dan rakannya yang juga pembonceng, Muhammad Amin Najmi Azaman, 19, ketika kejadian sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Paya Keladi Hujung, Kepala Batas.
Pemandu wanita itu pula disyaki mabuk selepas berhibur di sebuah pusat karaoke, dijelaskan melanggar motor mangsa yang menyebabkan kedua-dua mangsa maut serta merta dan motor yang ditunggang terbakar.
Ternyata kejadian terbaharu ini sekali lagi menyebabkan netizen yakin perlu ada undang-undang yang lebih tegas dalam mengelakkan kejadian seperti ini berlaku.
Soalnya sampai bila perlu kit berhadapan dengan pemandu mabuk yang jelas tidak bertanggungjawab selain hanya pentingkan diri sendiri.