Marissa Dania, Anak Norman Hakim dan Abby Abadi Nikah di Songkhla?

Tular hari ni apabila terdapat dakwaan mengatakan bahawa anak kepada selebriti terkenal Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania telah pun bernikah secara sembunyi di Songkhla, Thailand pada Disember tahun lalu.

Marissa Dania, 19, didakwa sudah berkahwin dengan Aslam tanpa pengetahuan isteri pertama, Misya Mazlan serta keluarga Marissa sendiri.

Marissa dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Aslam dan isterinya, Misya hingga bercerai.

“Mereka berkahwin ketika Misya pergi menunaikan umrah. Kiranya, Misya sudah dimadukan tanpa pengetahuan,” kata sumber seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Bagaimanapun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula dalam edah.

Sumber : Harian Metro