Kes Tendang Penunggang Motosikal, Wanita OKU dan Suami Direman

Sebelum ini tular video di mana, seorang wanita yang menendang serta melempar pasir kearah penunggang motosikal yang memotongnya dalam kejadian di Jambatan Pulau Pinang.

Pembonceng wanita yang juga orang kelainan upaya (OKU) dan suaminya ditahan reman selama empat hari mulai hari ini atas perintah Majistret Mohd. Harith Mohd. Mazlan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini.

Ia bagi membantu siasatan mengikut 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pasangan tersebut dilihat tenang dan selamba ketika dibawa anggota polis pengiring dalam keadaan bergari ketika tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 8.30 pagi tadi.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The News Malaysia (@thenewsmalaysia)