“Macam Lah Baru First Time Dengar Orang Nyanyi Sumbang” – Datuk Mokhzani Ismail

Penerbit dan pengarah muzik, Datuk Mokhzani Ismail menerusi Instagram turut memberi respons berhubung nyanyian The Gadys yang menerima kecaman hebat susulan video nyanyian mereka tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Datuk Mokhzani yang juga Pengarah Bahagian Perkhidmatan Muzik RTM, program yang disiarkan di TV2 merupakan program luar tajaan penerbitan stesen tersebut, jadi tiada ahli muzik mahupun pengarah muzik yang terlibat.

 

“Kalau boleh saya jawab setakat yang saya tahu lah. Itu program penerbitan luar tajaan yang RTM kena cover. Bab artis ni semua penganjur yang carikan dan tak ada band or musicians yang terlibat mana ada MD mereka hanya pakai minus one

“Tak payah nak kecoh sangat lah macam lah baru first time dengar orang nyanyi sumbang

“Pandai mereka lah nak pergi belajar,” jelasnya.

Menerusi video lain di Tiktok, salah seorang ahli kumpulan The Gadys dilihat sedang mengikuti kelas vokal. Bagaimanapun, tidak diketahui bila video tersebut dirakamkan.

 

@fareza0404 the gadys..dia dah belajor vocal…mantap pulak suara..bila live hauk suara… #thegadys #thegadyssuarasumbang #thegadysvairal #vairal #vairalvideotiktok #fypシ゚viral #fyp #masukberandafyp ♬ original sound – eza zaini shop – -eza-