Mayat Tidak Sempurna Ditemui, Sebahagian Tubuh Badan Dimakan Biawak

Satu mayat ditemui dalam keadaan tidak sempurna di sebatang sungai dekat Batu 3½ Jalan Maharajalela, Teluk Intan pada Isnin.

Sebahagian tubuh mayat yang ditemui telah dimakan biawak dengan  terdapat banyak kesan gigitan haiwan tersebut. Malah, bahagian muka juga sudah tidak lagi sempurna.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, penemuan mayat tanpa identiti itu dimaklumkan orang awam pada jam 12.05 tengah hari.

“Mangsa ditemukan tersangkut pada batang kayu di sungai itu dalam keadaan tanpa berpakaian. Pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang pengenalan diri.

“Tempoh kematian mangsa tidak dapat dipastikan lagi dan masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Punca kematian tidak dapat dipastikan berikutan keadaan mayat yang telah reput.

Sumber : Sinar Harian