Louis Vuitton umum BTS sebagai ‘House Ambassador’

IKON muzik pop Korea Selatan BTS, menggegarkan lagi industri muzik antarabangsa apabila jenama mewah terkenal, Louis Vuitton (LV) mengumumkan mereka sebagai wajah baru ataupun duta bagi jenama mereka.

Louis Vuitton berkongsi pengumuman itu di laman Twitter dan Instagram mereka.

“BTS untuk Louis Vuitton. Gabungan sebagai duta, ikon pop terkenal dunia yang sentiasa memberi mesej dan pengaruh positif. Dengan ini kami dengan senang hati menyambut anda RM, Jin, SUGA, j-hope, Jimin, V dan Jung Kook”.

“Saya gembira BTS dapat bergabung dengan Louis Vuitton hari ini. Saya juga sudah lama menanti saat ini dan tidak sabar untuk berkongsi projek luar biasa daripada dua elemen mewah dan kontemporari yang sedang kami jalankan pada masa ini”, kata Virgil Abloh.

Untuk rekod, sebelum menjadi House Ambassador LV, BTS juga bergabung dengan jenama makanan Mcdonald’s bagi produk BTS Meal yang akan dikeluarkan pada 26 Mei ini.

Selain itu, BTS juga merupakan duta rasmi jenama Samsung, Hyundai, Coway, Fila, Chilsung Cider, Kloud Draft, Tokopedia, Coca-cola, Formula- E, Bodyfriend, Smart, Baskin Robbin, Lemona dan Hot Brew.